5 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAN SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN BURSA SAHAM

1. Uruskan kewangan peribadi anda terlebih dahulu

  • Pastikan kewangan peribadi anda berada pada paras yang "Sihat"

  • Biasakan habit untuk menyimpan sedikit daripada gaji anda secara bulanan dan berdisiplin

  • Rekod pembelian dan perbelanjaan dan pastikan ianya terkawal

  • Pastikan hutang anda terurus dan berada pada paras yang sihat

    • Pastikan anda mempunyai sejumlah wang kecemasan (paling kurang 6 bulan jumlah perbelanjaan bulanan)

    • Baca buku, website, blog mengenai pengurusan kewangan peribadi, boleh google ada banyak di internet 

 2. Tetapkan sejumlah duit untuk pelaburan

  •  Pastikan duit yang anda mahu gunakan untuk pelaburan saham adalah sejumlah duit yang anda tidak akan gunakan atau tidak akan sentuh langsung untuk jangkamasa yang panjang, sekurang-kurangnya 1-2 tahun

  •  Pastikan ianya diperolehi daripada sumber yang halal (jangan rompak bank pulak....)

  •  JANGAN GUNAKAN duit EPF atau ASB atau Tabung Haji anda, kerana pelaburan saham adalah "High Risk Investment". Anda mungkin untung 10%, 20% atau 100% tetapi anda juga boleh rugi hampir kesemua duit anda sekaligus

  •  Jumlah yang bagus biasanya bermula daripada RM 10,000 dan ke atas

 3.Kenali diri anda terlebih dahulu

  • Anda kena kenal diri anda dulu sebelum memulakan atau memilih apa jenis pelaburan di bursa saham yang sesuai untuk diri anda

  • Adalah tidak wajar untuk berhenti kerja hakiki anda serta merta hanya untuk membuat trading/perdagangan saham yang dipelajari

  • Sesuaikan teknik pelaburan / perdagangan saham dengan situasi diri anda! Bukannya sesuaikan diri anda dengan teknik di dalam saham!

  • Antara contoh teknik atau jenis pelaburan atau perdagangan di bursa saham:

    1. Long term investor

      • Kena kuat belajar ilmu fundamental analysia, value investing, value-growth investment, valuation analysis dan lain lain lagi

      • Jarang2 boleh monitor saham, kekadang seminggu tak dapat monitor langsung

    2. Swing Trader (short to medium term)

      • Boleh Monitor setiap hari tapi mungkin x dpt monitor sewaktu trading hours 9am to 5pm

      • Holding period from days to weeks

      • Kena belajar dan mahir Technical Analysis dan sedikit sebanyak Fundamental Analysis

    3. Intraday Trader

      • Boleh monitor sepanjang masa waktu trading hours dan sanggup belajar teknik intraday dan Technical analysis.

  • Kesimpulannya:

    • Walaupun kita tahu kita punyai banyak masa dan mampu monitor stock market semasa trading hours, tak semestinya kita sesuai dengan Day Trading or Fast/Short term trading, kadang-kadang apabila lebih mengenali diri sendiri, kita lebih sesuai dengan long term investing

    • Mungkin kita rasa kita tak dapat sabar tahan lama dan rasa tak tenang untuk pegang sesuatu saham terlalu lama, mungkin langkah lebih baik untuk menjadi seorang trader yang melakukan transaksi jual beli yang kerap untuk mendapatkan keuntungan

    • Bergantung kepada diri sendiri, sesuaikanlah stock market kepada diri kita bukan diri kita kepada stock market!

 

It's important to aim for wealth, but we gotta take are of our health when achieving wealth... thus its better to have a healthy wealth rather than wealth alone

4. Bekalkan diri anda dengan ilmu tentang pelaburan

  • Ilmu saham ni banyak cabang tapi senang untuk kita lihat daripada tiga bahagian
    1. Basic Knowledge of Stock Market Investment
    2. Fundamental Analysis
    3. Technical Analysis
  • Sumber ilmu boleh cari daripada banyak buku yang sudah diterbitkan, sama ada daripada author dalam negara mahupun luar negara
  • Banyak juga sifu sifu saham yang membuat kelas tetapi hati hati agar tidak membayar untuk kelas yang terlalu mahal

5. Buka akaun saham CDS di Bursa Malaysia

  • Untuk memulakan pelaburan di Bursa Saham, anda haruslah membuka akaun "CDS" untuk membeli saham
  • CDS adalah Central Depository System account di syarikat Bursa Malaysia di mana akaun ini adalah digunakan untuk menyimpan saham saham yang anda beli (macam satu wallet untuk simpan saham)
  • Manakala Trust account adalah akaun yang menyimpan duit yang dibuat dengan mana mana broking firm di Malaysia seperti Mplus, Rakuten, Maybank, CIMB dan sebagainya